Ikan keli
atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein
utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam
permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam
industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula
diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti
sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan
keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah
pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal.
Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat
tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli
mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap
catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan
dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah
terbukti,mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini.
Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar,
kolam konkrit, fiberglass dan ternakan dalam kanvas.
+ comments + 1 comments
No-Deposit Bonus: Casino & Poker - DRMCD
› casino-and-poker-tournaments-t › casino-and-poker-tournaments-t Nov 17, 2021 — Nov 17, 2021 No-Deposit Bonus: Casino & Poker - 사천 출장마사지 DRMCD. 안성 출장마사지 $100 in Free Chips. $100 in 경주 출장마사지 Free Chips, $50 in Free 안성 출장안마 Chips, $200 in Free Chips, $200 in Free Chips, $100 in Free Chips, $200 in 창원 출장마사지 Free
Post a Comment