Berhati-hati ketika menukar air kolam ternakan ikan keli

Thursday, 1 November 20120 comments

Kepada anda yang baru mula menternak ikan keli sila pastikan sebelum menukar air kolam ternakan dalam polytank atau kanvas, berhati-hatilah dengan sumber air yang kita gunakan. Pada kebiasaan jika kita menggunakan air paip, kadar klorin amatlah tinggi selain daripada pencemaran pada saluran paip kita.

Jika kepekatan klorin tinggi, kemungkinan kesemua ikan yang diternak akan menjadi lemah dan mati. Ini akan meningkatkan risiko kerugian yang dialami oleh penternak itu sendiri.

Berikut merupakan panduan menukar air dalam kolam ternakan (Polytank):

1. Keluarkan air
2. Pungut ikan keli dengan perlahan2
3. Pindahkan ke dalam tangki kosong dengan air yang bersih
4. Setelah tangki kosong, cuci dan keluarkan segala kotoran
5. Biarkan kering (15-30minit)
6. Isikan air yang disaring ke dalam tangki
7. Cek pH & Klorin
8. Jika pH 7-7.5 dan klorin 0.00 pindahkan semula ikan keli ke dalam tangki yang telah dibersihkan
9. Perhatikan ikan keli selama 30minit-1jam

Masalah ikan keli jika kepekatan klorin dalam kolam ternakan tinggi:

1. Ikan akan timbul dipermukaan air
2. Ikan akan berenang terbalik
3. Air berbuih pekat
4. Ikan jadi lemah
5. Pendarahan di bahagian ekor
7. Ikan diselaputi buih pekat

Sampel ikan keli yang mati akibat klorin

Ikan keli kelihatan terapung

Contoh air yang mengandungi kepekatan klorin yang tinggi kelihatan
putih
Alat yang mesti dimiliki oleh penternak ikan keli komersil:
1. pH tester
2. Klorin tester
3. Water Thermometer digital
4. Oxygen tester

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Contact Us | About | Ranau Catfish
Copyright © 2012. Keli Ranau - All Rights Reserved
Design by Creating Website