Ikan keli
terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang
fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah.
Ikan keli
popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya
tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet.
Ikan keli
tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.Ikan keli boleh menyesuaikan
diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan
kulitnya sentiasa basah.
Ikan keli
juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat. Namun ikan keli
terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli sepsis Channel Catfish.
Di Malaysia
pula ikan keli yang popular dari sepsis Clarias Gariepinus.
Di Malaysia,
ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik.
Tetapi di
luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
Menurut fakta
penternak-penternak di US, ikan keli sepsis Channel Catfish dapat
menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding sepsis Clarias
Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.
Post a Comment